Al-Quran Lambang Kesatuan Ummah

MARANG, 19 Mac - Mantan Ahli Parlimen Jamiat Islami, Pakistan menegaskan bahawa aqidah, iman dan akhlak merupakan tanggungjawab utama setiap muslim di samping menyeru manusia kepada Allah dan risalah para anbiya’.

Beliau menegaskan bahawa seluruh kesatuan Islam yang berbeza bahasa dan latar belakang ini berpaksi kepada kitab suci al-Quran. Beliau mengambil perumpaan daripada kisah Maulana Dr ‘Ata Ur Rahman dan Salman al-Farisi yang tidak pandai bertutur dalam Bahasa Arab namun tetap dipilih oleh Allah untuk memasuki syurga, namun Abu Jahal, walaupun beliau fasih berbahasa Arab, Allah mencampakkannya ke  neraka.

Ini bermakna bahasa dan kaum tidak menjamin seseorang, hanya aqidah yang menyatukan manusia walaupun daripada pelosok mana sekalipun.

Namun, apa yang berlaku, pergerakan Islam di seluruh dunia mendapat tentangan hebat. Menurut beliau, “Di Libya, seramai 4,000 orang ahli gerakan Al-Maududi yang dipimpin oleh Abul A’la Al-Maududi telah dipenjara kerana menyebarkan dakwah di Pakistan. Mereka berusaha menegakkan undang-undang Islam di dalam pentadbiran,” ujar cucu kepada Asy-Syahid Al-Maududi.

Justeru, beliau menyeru seluruh individu agar berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah.

 

الاجتماع

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu, Malaysia

الربط

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

اتصال بنا

رجاء اتصل بنا للمزيد من المعلومات عن الاجتماع
 عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.
  +60199511860
 www.wuoms.org