Tunisia sumber inspirasi Arab Spring

MARANG, 21 Mac - Wakil pidato dari Tunisia, Dr Sohbi mewakili parti An Nahdhah ketika menyampaikan pidato di Rusila, menyatakan Tunisia melalui dua fasa iaitu gerakan dakwah dan perkembangan islam serta pergerakan politik dalam perjuangan menegakkan islam di sana.

Beliau memaklumkan pemerintahan Burgiva diperintah secara keras,tidak menekan pengamalan agama islam kemudian menukar cara pemerintahan barat yang akhirnya merosakkan sistem pendidikan negara. Tunisia,memiliki 11 juta penduduk terletak di Afrika di antara laut Mediterranean dan Gurun Sahara.

“Kebangkitan Tunisia bermula apabila rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran  Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada 2010 yang penuh korupsi, kadar inflasi tinggi, pengangguran dan pelbagai masalah sosial. Tunisia dijadikan inspirasi oleh  negara Arab lain turut bangkit memberontak menggulingkan kerajaan yang zalim atau di kenali 'Arab Spring'“.

“Sebahagian besar pemimpin utama An-Nahdah dipenjarakan dan ada yang dibuang negeri. Saat kami memenangi pilihan raya dengan gabungan dari dua parti kecil, diuji dengan cubaan sabotaj kerajaan dan tindakan kurang bermoral dari musuh islam. Kini, AnNahdah tidak lagi kerajaan,kami terus berkhidmat di atas jalan kebenaran, suara rakyat bersama dan menyokong kami. Ia cukup menggembirakan”. katanya

Beliau memuji perjuangan Islam di Malaysia dan mengajak umat Islam terus bersama dengan gerakan Islam seluruh dunia. Tegasnya, gunakan dakwah berhikmah bukan kekerasan, ambil pendekatan untuk anjurkan dialog dan pertemuan dalam merungkai masalah.

Wakil Tunisia dan beberapa wakil delegasi negara lain seperti Bangladesh dan Palestin memeriahkan acara pagi ini di Dewan Tok Guru dengan pidato mereka di hadapan ribuan ummat Islam yang hadir dari seluruh negara dan berhimpun di Rusila sempena Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke 3.

 

الاجتماع

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu, Malaysia

الربط

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

اتصال بنا

رجاء اتصل بنا للمزيد من المعلومات عن الاجتماع
 عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.
  +60199511860
 www.wuoms.org