Pembebasan Al-Aqsa tanggungjawab semua

RUSILA,21 Mac - Syeikh Ahmed Ayesh Annajar, Duta tetap HAMAS ke Malaysia menegaskan setiap ummat Islam harus menyumbang untuk pembebasan Palestin terutama masjid Al Aqsa dari cengkaman zionis.

Semasa bercakap dalam Ijtima' Ulamak Sedunia di Marang, beliau turut mengingatkan ummat Islam supaya cakna isu Palestin kerana ia adalah isu bersama dan bukan hanya perlu digalas oleh rakyat Palestin semata.

"Allah mngingatkan kita supaya cakna isu alAqsa yang merupakan isu bersama untuk kita dokong dan sokong. Baitulmaqdis kiblat pertama umat islam dan tempat di mana Rasulullah s.a.w melalui peristiwa isra’ mikraj. Ia milik seluruh umat islam.”

Wakil HAMAS ini turut menyeru rakyat Malaysia agar kuat menghadapi ujian banjir yang diberikan Allah disamping menginsafi penderitaan dan kesusahan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis selama berpuluh-puluh tahun.

Beliau menyatakan kebencian zionis kepada Islam telah diterap kepada jiwa anak-anak semasa mereka masih kecil apabila menggalakkan anak mereka menabung untuk kehancuran AlAqsa.

"Setiap keluarga zionis ada tabung untuk menggalakkan anak-anak mereka menabung bermatlamat untuk menghancurkan masjid aqsa.

الاجتماع

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu, Malaysia

الربط

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

اتصال بنا

رجاء اتصل بنا للمزيد من المعلومات عن الاجتماع
 عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.
  +60199511860
 www.wuoms.org