Tiga prinsip membangun negara Islam

MARANG, 20 Mac - Wakil Parti Saadat Turki, dalam pidatonya malam ini menyeru umat Islam supaya menjadikan perpaduan suatu keutamaan. Menurut beliau, negara-negara umat Islam hari ini telah dipecah-belahkan oleh kuasa besar.

Temer Karamullah Uglu turut menggariskan tiga prinsip yang perlu diikuti untuk menjadi sebuah negara yang lebih tersusun dan berkuasa, dimulai dengan mempertingkatkan nilai moral umat Islam itu sendiri.

Beliau juga menyarankan umat Islam perlu membangun dalam bidang ekonomi, melalui penguasaan dalam bidang teknologi, industri, industri makanan, kimia sehinggalah ke sains angkasa lepas. Para pekerja sepatutnya memperolehi gaji yang sepadan.

Ketiga, adalah bersatu dan tidak mengikut telunjuk negara-negara kuasa besar secara melulu. Setiap masalah yang ada, perlu diselesaikan dalam lingkungan komuniti itu sendiri.

Beliau yang pernah hadir dalam Ijtima' kedua yang lalu, turut mengingatkan bahawa persengketaan di kalangan umat Islam adalah sangat menyedihkan dan tiada suatu ketenangan serta kesejahteraan, melainkan kembali kepada ajaran Allah swt.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org