MARANG, 21 Mac - Pidato sempena Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 malam tadi menyaksikan wakil dari Libya, Dr. Wanis Al-Mabruq menekankan peri pentingnya memberi perhatian kepada para pemuda, kerana mereka adalah masa depan kepada umat.
Beliau menyeru umat Islam untuk merujuk kembali kepada sejarah kegemilangan Islam lalu yang menyaksikan tokoh hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya memahat sejarah pada usia muda.
AJK Ijtihad Ulama' ini turut menegaskan kewajipan berdakwah ke atas setiap orang Islam, tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan. Perkataan dan ucapan paling baik adalah apabila kita menyampaikan dakwah Islam, kerana jalan dakwah adalah jalan yang paling dikasihi oleh Allah.
Sebelum mengakhiri pidato, Dr. Wanis berpesan supaya menjaga hubungan dengan Al-Quran. Belajar, fahami, dampingi Al-Quran dan masjid serta pergauli orang perempuan dengan akhlak yang baik.