“Saya harap solat jemaah bersama Malaysia di Baitul Maqdis” - Wakil Palestin

MARANG, 21 Mac - Timbalan Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi, Gaza, Saudara Ahmad Ayesh An-Najjar memulakan pidato dengan gegaran laungan “Ya Quds, Ya Habibi, Ya Baladi, Ya Baladi Salami”.

Beliau menceritakan kehidupan rakyat Palestin yang saban hari diganggu dan diseksa oleh rejim Zionis laknatullah. Muhammad Hussin, seorang remaja berumur 16 tahun telah diculik dan mulutnya dituang minyak benzena oleh rejim kejam itu semasa beliau di dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di masjid.

Begitulah keadaan penduduk Gaza yang berhadapan dengan askar Israel. Mereka tidak pernah mengenal takut. Penentangan terhadap rejim Zionis didokong oleh tentera Hamas melalui Briged Al-Qassam yang turut disokong oleh masyarakat setempat. Mereka teguh berjuang agar Al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam.

“Anak-anak mati kelaparan, golongan wanita dan orang tua diserang,  tiada bekalan ubat-ubatan, Gaza dikepung rejim berhari-hari dan tembakan kedengaran di merata tempat. Kami tidak ada senjata perang seperti Zionis, tetapi kami tidak takut dan akan terus berjuang mempertahankan masjid Al-Aqsa bersama Hamas, dan kami tidak sekali-kali mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara”.

“Kami, Al-Aqsa akan terus berjuang walau tidak mendapat bantuan daripada jiran-jiran Arab yang  lain. Mereka mengaku umat yang hebat, fasih berbahasa syurga, namun mereka lupa akan perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Hebatkah mereka ini?” soal beliau.

Beliau turut memuji perjuangan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan  bantuan kepada rakyat Palestin. Beliau turut berharap agar umat Gaza dapat menunaikan  solat bersama rakyat Malaysia di Masjid Baitul Maqdis tanpa Zionis. Insya Allah!

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org