Umat Islam diseru perkasakan dakwah - Wakil Thailand

MARANG, March 21 – Wakil pemidato dari Thailand, Ustaz Hassan Yusof di Pidato Antarabangsa hari ini menyeru umat Islam berjihad bagi memperkasakan gerakan dakwah.

Ustaz Hassan Yusof dari Pattani, Thailand yang berkongsi cerita mengenai perkembangan gerakan Islam di bumi Gajah Putih tersebut menyatakan bahawa penyatuan dan penggabungan persatuan-persatuan Islam menjadi asas kepada perkembangan Islam di Thailand.  

Menurut beliau, “Selatan Thai didominasi oleh umat Islam dan selebihnya adalah penduduk bukan Islam. Apa yang saya bangga dengan hasil gerakan dakwah melalui institusi pendidikan selama 23 tahun ini adalah terdapat universiti yang mempunyai pendidikan Islam ditubuhkan di sana selain institusi pondok.”

Beliau turut menyeru umat Islam di Malaysia agar menjadi contoh kepada umat Islam di seluruh dunia untuk sama-sama bergerak, memberi sumbangan dan bantuan dalam usaha pendidikan Islam di sana. Beliau juga berharap agar wujudnya sebuah universiti Islam antarabangsa di Thailand hasil daripada kesatuan ini.

“Saya ingin menyentuh tentang pembangunan Islam melalui pemerkasaan institusi masjid, sebagai contohnya, pembinaan Masjid Quba’ di dalam sirah Rasulullah s.a.w. Pembinaan ini melambangkan kesatuan dan perpaduan ummah, seterusnya melenyapkan kezaliman, penindasan dan ketidakadilan yang menimpa umat Islam disamping mengingatkan kita kepada perjuangan di Gaza yang perlu dititik-beratkan”. ujarnya.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org