Talaqqi KItab : Penyucian jiwa adalah keutamaan bagi para rasul dan anbia’

Talaqqi KItab : Penyucian jiwa adalah keutamaan bagi para rasul dan anbia’
(dari kitab “Al-Mustakhlas Fi Tazkiah Al-Anfus“ karangan Syeikh Said Hawwa)

Penceramah/Pengajar: Sheikh Mohammad As-Shodiq Bin Abdillah Al-Maraanidari

  • Para rasul a.s diutuskan untuk memberi peringatan akan keagungan ALLAH dan menyucikan jiwa mereka.
  • Maka mempelajari dan berzikir dan penyucian adalah keutamaaan para rasul dan anbia’
  • Di antaranya dalah membaca Al-Quran mempelajari sunnah nabi dan menyucikan jiwa yang memerlukan penukaran ilmu kepada amal di mana Nabi Muhammad sendiri menyucikann dirinya terlebih dahulu kemudian para sahabat
  • Maka penyucian jiwa itu perlu dimulakan dengan menuntut ilmu terkandung di dalamnya adab-adab belajar dan org yang mengajar/guru.

 Definisi Tazkiyyah

  • Makna tazkiyyah ialah: 1) pembersihan, iaitu membersihkan daripada akhlak yang cela dan buruk; 2) at-tahaquuq, iaitu melakukan apa yang disukai oleh ALLAH, berterusan dlm bertaubat, dan menghapuskan segala dosa; dan 3) berakhlak, iaitu dengan sifat-sifat yang mulia seperti taqwa, bersyukur dan ihsan.
  • Kemudian kitab tersebut menjelaskan rukun-rukun Islam secara terperinci menunjukkan ianya (kita/pengarang) mementingkan ibadah fardhu kemudian mementingkan ibadat-ibadat sunat bagi menyempurnakan ibadah yg kurang sempurna.

 

Kaedah-Kaedah penyucian jiwa

  • Kaedah-kaedah penyucian jiwa yang lain, antaranya: 1) membaca Al-Quran; 2) berzikir amat penting sekali, kerana roh perlukan makanan dengan cara berzikir sepertimana badan perlukan zat-zat makanan; 3) bertafakkur (berfikir) terhadap penciptaan manusia dan alam; 4) memperingati mati, ia adalah peringatan yang paling berkesan; 5) muraqabah dan muhasabah berterusan; 6) berjihad dan amar makruf nahi munkar;
  • Halangan-halangan dalam menyucikan jiwa iaitu penyakit hati
  • Syaitan menguasai hati maka perlu mengetahui pintu-pintu syaitan masuk sperti riyak, takabbur dan bakhil

 

Hasil dari penyucian jiwa

  • Sesungguhnya ALLAH memuliakan hambaNYa yang menyucikan jiwanya dengan memperolehi ciri-ciri ini dan ianya akan terzahir/tercapai di dunia: 1) Menjaga lidah, mampu menjaga lidah daripada segala percakapan yang buruk/keji dan berkata-kata baik kerana berdiam diri itu ialah satu kejayaan; 2) Menghalang dari mengumpat, mengata, mencaci, dan menyakiti orang lain; 3) menghalang dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan kerana di dalamnya terkandung lirik-lirik/bait-bait yang batil; 4) tidak bertalam dua muka; 5) pergaulan yang baik dengan orang di sekelilingnya seperti memberi salam kepada orang lain ketika bertemu dan berjabat tangan.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org