Ijtima' Alami Medan Berkongsi Pengalaman

MARAG, 21 Mac – Perhimpunan Antarabangsa Perpaduan Ummah yang dianjurkan Sekretariat Pejabat Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di Rusila menjadi medan berkongsi pengalaman perkembangan dakwah dan politik di negara masing-masing. Pidato dari wakil-wakil Muslimin dan muslimat dari Palestin, Tunisia, Pakistan, Maldives, Turki, Bangladesh, Thailand dan Malaysia sangat dinantikan oleh seluruh hadirin kerana inilah peluang selepas 20 tahun perhimpunan seumpama ini diadakan di lokasi yang sama.

Pagi tadi, telah berlangsung pidato pimpinan gerakan Islam sedunia yang menampilkan wakil dari Thailand, Bangladesh dan Hamas. Antara seruan yang disampaikan adalah pembebasan Al-Aqsa selain menyeru mengerakkan gerakan Islam di tanah air bagi kembalikan keamanan dunia.

Wakil Bangladesh, Dr Muhamad Nurul Iman berkongsi sejarah gerakan Islam di Bangladesh yang mana dikenali Jamaat Islam Hindi diasaskan oleh Abu A’la Al-Maududi. Pergerakan dakwah dan rekrut dilakukan secara rahsia sehinggalah pada tahun 1979, Jamaat Islami telah mendaftar sebagai parti politik Bangladesh, memasuki pilihanraya dan telah memenangi banyak kerusi.  

“Maka dengan perkembangan ini, pihak musuh menyekat gerakan ini, banyak pendakwaan secara palsu yang dibuat terhadap pimpinan jemaah ini. Pekerja peringkat bawahan telah ditahan dan ditutup pejabat, kediaman diawasi, untuk memberi tekanan yang kuat kepada jemaah Islam ini.” Ujar Dr Muhammad sambil memohon doa dari rakyat Malaysia amnya, supaya gerakan islam di Bangladesh terus bergerak maju menyambung perjuangan Rasulallah s.a.w.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org