Evolusi Jamaah Islami Bangladesh

MARANG, 22 Mac - Ijtima' Alami kali ini menyaksikan kehadiran ramai wakil gerakan Islam dari seluruh dunia. Di antaranya adalah saudara Muhammad Nurul Amin yang mewakili Jamaah Islami Bangladesh.

Bagi kebanyakan orang, Jamaah Islami Bangladesh merupakan suatu yang asing. Tidak banyak berita dan latarnya diketahui. Mengambil kesempatan Ijtima', Nurul Amin dalam pidatonya menjelaskan bahawa dalam negara seluas 270km persegi dengan 90% penduduk adalah muslim, gerakan Islam pertamanya telah wujud semenjak tahun 1941, iaitu ketika masih bersama dengan negara India.

Jamaah yang dinamakan sebagai Jamaah Islami Hindi itu diasaskan oleh Maulana Maududi.

Pada tahun 1947, Negara India dan Pakistan berpecah. Ketika itu Bangladesh masih dikenali sebagai Pakistan Timur. Selepas kemerdekaan Bangladesh, gerakan Islam diharamkan. Namun begitu, ia tidak menghalang mereka untuk bergerak secara bawah tanah dan meneruskan gerakan secara sulit.

Tahun 1975 menyaksikan pembunuhan seorang arkitek yang merupakan sebahagian dari gerakan Islam oleh tentera Bangladesh.

Akhirnya pada 1979, Jamaah Islami Bangladesh telah berdaftar sebagai parti politik dan berjaya memenangi banyak kerusi dalampilihanraya.

Jamaah Islami Bangladesh bukan sebuah parti politik biasa, tetapi merupakan sebuah gerakan Islam yang merangkumi tiga asepek iaitu; politik, tarbiyyah dan dakwah. Mereka menjemput sesiapa sahaja yang yakin dengan kalimah tauhid (La ilaha illallah) untuk bersama menjadi ahli bersekutu. Usrah disusun dan di antara kitab yang digunakan adalah, 'Islam is The Way of Life'. Ahli bersekutu melalui proses tarbiyyah yang hebat untuk menjadi ahli peringkat awal. Ia memerlukan tempoh 6-5 tahun untuk ahli bersekutu menjadi ahli.

Proses ini telah menyaksikan peningkatan kepada 40 000 ahli. 14 000 daripadanya adalah muslimat. 15 juta ahli bersekutu. Peningkatan orang yang menyertai Jamaah Islam ini menyebabkan jumlah jenayah berkurangan.

Namun begitu, pada tahun 1991, telah mula campur tangan pihak luar yang tidak sukakan Islam.

Jamaah Islami Bangladesh sebagai sebuah parti pembangkang sangat berjaya. Pilihanraya tahun 2001 dan 2006, mereka melantik petugas yang hebat, sehingga pihak musuh tidak dapat melihat kelemahan parti Islam ini. Maka dengan perkembangan ini, usaha-usaha untuk menyekat gerakan Islam telah dijalankan. Banyak pendakwaan secara palsu yang dibuat terhadap pimpinan jamaah. Pekerja peringkat bawahan juga telah ditahan. Pejabat-pejabat ditutup untuk memberi tekanan kepada Jamaah Islmai.

Walaupun pelbagai mehnah dan pancaroba yang dihadapi,Jamaah Islami Bangladesh akan terus bergerak maju ke hadapan dengan berani.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org