Keganasan bukan dari Islam

KUALA TERENGGANU : Kesederhanaan perlu diterapkan dengan kesedaran dan kefahaman sebagaimana telah ditekankan oleh Imam Hasan al-Banna agar tidak terjebak dengan tindakan yang menyeleweng dan melampaui batas. Delegasi Palestin, Syeikh Mahmud Nazzal menegaskan, tindakan membunuh, membakar dan menyembelih manusia yang ditontonkan sebagai perjuangan Islam oleh kumpulan tertentu itu hakikatnya bukan dari ajaran Rasulullah.

“Jika menyembelih, maka perelokkan sembelihan kamu. Itu kepada haiwan, tetapi kepada manusia tiada perlakuan sembelihan. Apatah lagi melakukan sembelihan secara kejam. Inilah penyelewengan dan bertujuan memalukan Islam.

“Maka kefahaman mengenai prinsip kesederhanaan dan keadilan ini memerlukan kefahaman yang diterap secara pendidikan dan ilmu melalui bimbingan oleh ulama,” terangnya pada Persidangan Antarabangsa Perpaduan Ummah di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai di sini 20 Mac.

Membicarakan mengenai Palestin katanya, isu itu diangkat sebagai tema untuk perjuangan umat Islam dan sejagat, bukannya perjuangan bangsa. Bermakna ujar beliau, usaha untuk mengangkatnya adalah atas kepentingan Palestin sebagai markas umat Islam. Jelasnya, Palestin telah dijauhi dari hak dan keadilan sebenar di mana Israel telah mewujudkan pelbagai kerahan dan halangan terhadap Palestin.

“Ada kongres dari Amerika yang mahu memastikan Palestin tidak bebas dan ketika sama pastikan Israel tidak diganggu. Bila kita berjaya melalui demokrasi, mereka menghalang pula demokrasi dan mewujudkan pelbagai bahaya luaran,” ujar beliau yang juga anggota Hamas.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org