Harap Syeikh Abdul Hadi Bantu Afghanistan

KUALA TERENGGANU: Delegasi Afghanistan menyatakan sandaran harapan kepada Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menjadi tokoh penting yang membantu situasi perkembangan dan cabaran di negara tersebut.

Menerangkan cabaran dihadapi, Afghanistan katanya, cuba dipecahkan musuh Islam dengan pelbagai cara terutamanya menerusi adu domba dan pengaruh media, di mana negara itu mempunyai begitu banyak saluran televisyen, walaupun ketika sama Jamaat Islami turut mempunyai salurannya sendiri. Pihak negara itu juga ujarnya, pernah menemui silibus berkaitan Kristianisasi yang disebarkan kepada umat Islam, selain berjaya menangkap misionari Kristian sedang menjalankan dakyah mereka.

“Tentulah menghairankan apabila mereka cuba mendakyah Kristian di negara umat Islam ini. Tetapi kami menemui sememangnya terdapat umat Islam yang berjaya dikristiankan. Misalnya ada seorang yang bernama Abdul Rahman. “Untuk menyelamatkannya kami telah mengadakan kempen sumbangan USD1 dari setiap orang.

Kami berharap, kempen sumbangan USD1 ini juga dapat dijalankan di tempat kalian untuk menghadapi masalah bertukar agama ini,” ujarnya meluah harapan itu pada Persidangan Antarabangsa Perpaduan Ummah di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai di sini 21 Mac.

Menurut beliau, Jamaat Islami Afghanistan dalam usaha mengukuhkan pegangan Islam di negara itu telah memberi perhatian dan menyediakan pendidikan dari peringkat rendah hingga ke universiti. Maklumnya, pihak beliau telah mengemukakan permohonan untuk membuka universiti di negara itu, tetapi pengeluaran lesennya mengambil masa yang sangat panjang.

Beliau turut menyatakan kebanggannya terhadap penerimaan dan kebangkitan di kalangan anak muda Afghanistan hingga berjaya mengadakan himpunan besar di Kabul sebelum ini. Bagaimanapun katanya, kecenderungan dan kebangkitan para pemuda kepada Islam itu langsung tidak mendapat liputan dan laporan pihak media.

“Harapan kami, Kesatuan Ulama Islam Sedunia khususnya Syeikh Abdul Hadi Awang akan memberi perhatian kepada perkara-perkara di Afghanistan ini,” pohonnya.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org