Ijtima’ Alami Antarabangsa ke-3 sasar 200,000 tetamu

BOLEH saudara terangkan mengenai program Ijtima Alami ke-3 peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Terengganu Mac ini?

USTAZ RIDUAN MOHAMAD NOR:

Ijtimak Alami kali ke-3 insya-Allah akan diadakan 20, 21, 22 Mac 2015 ini. Program ini di bawah Sekretariat Persatuan Ulama Sedunia. Insya-Allah program ini merupakan yang ketiga. Yang pertama dibuat pada tahu 1988 dan yang kedua pada tahun 1993. Kali ini akan berlangsung di Rusila Terengganu yang mensasarkan 200,000 peserta dari dalam dan luar negara, yang akan melibatkan lebih 70 gerakan Islam termasuk tokoh-tokoh Islam antarabangsa yang akan hadir yang akan membuat pengisian kepada peserta yang hadir yang berlangsung selama tiga hari. Yang mana tujuan himpunan ini, untuk merapatkan ukhuwah di antara seluruh ahli- ahli gerakan Islam apatah lagi dengan cabaran besar yang sedang berlangsung kepada gerakan Islam bahkan dunia Islam secara keseluruhannya. Kita rapatkan saf dan satukan saf kita kerana musuh mereka bersatu dan bergerak secara kolektif. Maka bagi menyahut seruan Allah SWT dalam surah As-Saf ayat 4 supaya kita bergerak dalam saf yang teratur. 

Siapa antara tokoh yang hadir?

Insya-Allah antara tokoh yang hadir seperti Sheikh Rachid Ghannouchi, pimpinan-pimpinan utama Jamaat Islami, pimpinan Ikhwan Muslimin, pimpinan Parti Saadat Turki, AKP, Parti An-Nahdah Tunisia,parti-parti Islam di Indonesia seperti PKS, Parti Bulan Bintang dan sebagainya. Di samping itu pihak penganjur dan pihak pelaksana yang terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu serta tidak dilupakan kumpulan-kumpulan Islam atau NGO-NGO Islam dan sivil yang berteraskan Islam yang kita jemput bersama untuk memeriahkan program kita selama tiga hari ini.

Sejak bila persediaan dijalankan?

Kita bertungkus-lumus setiap minggu bermesyuarat di sepanjang tiga bulan ini, purata dua kali seminggu kita bermesyuarat untuk memastikan kejayaan program yang melibatkan pemukiman besar ahli-ahli gerakan Islam berjumlah 200,00 orang ini.Kita jangka, di sepanjang Pantai Marang ini, akan dipenuhi dengan khemahkhemah. Kita galakkan ahli-ahli kita terutamanya ahli-ahli PAS hadir bersama keluarga untuk kita bentuk keluarga PAS bagi mereka mengenal perjuangan Islam sejak dari kecil. Suasana yang agak santai di pantai. Insya-Allah kita sediakan Unit Amal seramai 2,000 orang untuk bertugas dan 5,000 orang petugas Teras yang akan memastikan program ini terlaksana dan berjalan dengan baik.

Bagaimana promosinya?

Dalam tempoh 45 hari sebelum program ini, kita akan promosi seluruh negara daripada pusat sehinggalah ke akar umbi, insyaAllah di sekitar kawasan Marang, di Kuala Terengganu, di masjid-masjid, surau-surau, penginapan hotel, resort dan sebagainya akan dimanfaatkan untuk kegunaan peserta-peserta, kerana 200,000 orang itu merupakan jumlah yang sangat besar dan kehadiran ijtimak pertama pada 1988 melebihi 100,000 orang. Kali kedua pun melebihi 100,000. Setelah lebih 20 tahun,program ini menjelma kembali dan saya menjangkakan lebih 200,000 yang akan hadir apatah lagi keahlian PAS meningkat kepada 1 juta keahlian, kita yakin kita dapat mencapai sasaran 200,000 orang termasuklah ahli-ahli gerakan Islam yang akan datang yang sama-sama meraikan majlis kita insya-Allah. Kita juga akan memanfaatkan ruang cyber dalam dan luar negara, melakukan kerahan dan pendaftaran awal, berbeza dengan program sebelum ini seperti program kecil, program Ijtimak Alami kita akan adakan pendaftaran awal dan juga melalui online bahkan melalui cawangan-cawangan kerana kita nak pastikan kita mensasarkan 200,000 penyertaan.

Bagaimana jika terlalu ramai, pastinya keadaan akan sesak dan pendaftaran sukar dibuat, apa persediaan sekretariat?

Masuk awal, kita akan edarkan ‘button badge’ kepada peserta awal untuk menambahkan lagi rasa keterujaan untuk hadir. Pihak penganjur juga menjemput mahasiswa-mahasiswi, pelajarpelajar sekolah agama, madrasah, tahfiz, pondok untuk menyertai Ijtimak Alami ini yang berteraskan konsep mengimarahkan ilmu. Banyak pengisian-pengisian yang akan dibuat oleh tokohtokoh gerakan Islam sekali gus merupakan ilmuan-ilmuan Islam daripada seluruh dunia yang akan hadir nanti.

Apa acara menarik atau ucaptama yang akan disampaikan oleh tokoh tertentu?

Ucaptama oleh Syeikh Rashid Ganusi, ketua ulama kesatuan Syria, muraqib daripada Syria daripada Jordan, daripada benua Afrika, tokoh-tokoh daripada AKP, Sadat.

Malaysia akan diwakili oleh siapa?

Malaysia akan diwakili oleh PAS, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan hadir dan berucap.Konvoi-konvoi motor daripada ARC anak-anak muda akan digerakkan daripada seluruh negara dan krew jaringan sivil akan digerakkan dengan kekuatan yang sistematik untuk hadir beramai-ramai, akan berhimpun dan kami jangka dengan bergilir akan mencapai sehingga 200,000 orang. Insya-Allah pada hari Jumaat, yang merupakan hari cuti kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala negeri-negeri lain akan boleh datang pada Sabtu dan Ahad tambahan pada waktu itu merupakan cuti sekolah.

Apa harapan saudara?

Kami mengharapkan ahli-ahli yang bekerja di sektor awam dan sektor swasta dapat mengambil cuti lebih awal dan melakukan tempahan awal seperti bilik penginapan serta merancang jadual perjalanan kerana kita tahu termasuk untuk menempah penerbangan ke Terengganu. Alhamdulillah Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dapat mengurangkan masa daripada Kuala Lumpur ke Marang, kurang daripada empat jam, jadi dijemputlah untuk konvoi berkenderaan secara beramai-ramai.Saya juga menyeru kepada pihak cawangan dan kawasan merancang secara sistematik bagaimana untuk memobilasikan peserta-peserta program.

Boleh dikatakan lebih menggunakan bas dan lain-lain?

Ia kalau boleh car-pooling, kongsi kenderaan, sebab kita faham dari sudut akses ke tempat yang padat itu. Kita juga nak jimat ruang untuk parkir kenderaan. Sebelum program besar ini, mungkin ada pra pelancaran untuk mobilasi kepada Ijtimak ini? Insya-Allah ada pelancaran dengan Ustaz Azhar Idrus - Daie Sejuta Ummah, yang merupakan ikon anak-anak muda dan peserta-peserta kebangkitan Islam malah ramai selebriti yang telah menyatakan kesanggupan untuk hadir bersama-sama Ijtimak tiga hari itu.Kita akan berikan jadual artis-artis yang terlibat bersama dengan program tersebut seperti Santai bersama anak muda. Program ini terbuka kepada semua bukan hanya kepada ahli PAS sahaja, terbuka kepada NGO NGO Islam, ahli-ahli ilmu dan pelajarpelajar agama. Mungkin ada program santai berbentuk hiburan? Ada, kita juga akan menjemput artis-artis yang telah berhijrah, untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan program ini dengan mesej bahawa gerakan Islam tidak memusuhi elemen seni dan hiburan.Sesungguhnya gerakan Islam itu membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan ini.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org