Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3; Peserta Tempatan Diharap Dapat Daftar Awal

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Marang mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan tetamu ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ketiga yang akan berlansung pada 19 hingga 22 Mac ini.

“atas nama Yang Dipertua PAS kawasan Marang, saya ingin menyeru kepada semua ahli-ahli, penyokong-penyokong PAS dan semua anggota masyarakat untuk datang beramai-ramai ke satu himpunan besar yang bersifat antarabangsa pada 19-22 Mac ini, iaitu program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang akan diadakan di Rusila, Marang,

“program ini kita harap akan jadi satu program yang akan memberikan suatu kenangan yang besar khususnya di kawasan Marang ini, dan saya minta kerjasama daripada semua petugas-petugas kita untuk memberikan komitmen yang setinggi-tingginya supaya kita dapat jadikan program ini program terbaik untuk menjaga nama baik Parti Islam Semalaysia PAS,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu ketika ditemui di pejabatnya di Taman Seri Intan dekat sini pada Ahad berkata, pendaftaran para peserta tempatan daripada Marang dan kawasan-kawasan lain di negeri Terengganu sedang giat dijalankan.

Menurutnya, ia akan memudahkan dan dapat memberikan ruang yang secukupnya kepada para peserta yang datang dari luar untuk mendaftar pada hari tersebut.

“saya juga berharap mengharapkan pendaftaran berhubung dengan program ini yang sedang berjalan sekarang ini akan digerakkan sepenuhnya khususnya di kawasan Marang,

“supaya pada hari program kita nemberikan peluang kepada peserta-peserta luar daripada Marang dan juga luar daripada Terengganu yang datang jauh untuk membuat pendaftaran pada hari tersebut,”jelasnya.

Beliau berharap semua pihak dapat memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan program yang besar itu.

“jadi semua kerja-kerja yang sedang berjalan itu, kita harapkan akan mendapat sokongan sama ada yang berupa keperluan dari segi tenaga-tenaga sukarela,

“kerja-kerja persiapan dan juga sumbangan-sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk menjayakan program yang besar ini. In sya allah,”tambah beliau

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org