PAS Dungun Komited Hantar 10 ribu Peserta Ijtima'

DUNGUN - Satu jaminan kukuh dizahirkan oleh PAS Dungun untuk mengarahkan ahli dan penyokong gerakan ISLAM di daerah ini untuk sertai Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah di Marang bermula 19 Mac ini.

Selari dengan kedudukan PAS di Dungun yang menguasai 3 Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun Y.B Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yakin dengan jumlah kehadiran peserta dari Daerah ini.

"Kita ada 75 cawangan PAS yang aktif dan berdasar isu semasa 10 ribu peserta dari Dungun akan kami pastikan menjadi peserta perhimpunan itu nanti.

"Kita mesti buktikan sokongan dan solidariti kita kepada Pemimpin utama gerakan ISLAM negara kita. Ini kali pertama perhimpunan bagi Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin ulama dunia. Perlantikan Naib Ketua Ulama Dunia satu pengiktirafan besar buat kita. Oleh itu tiada sebab untuk kami di Dungun memberi alasan untuk tidak sertai dan zahirkan sokongan dan kepada tokoh ini" katanya lagi.

Dengan pemasangan poster program sebanyak 2000 di seluruh Daerah Dungun dan mula dipasang sejak hari rabu oleh pertugas dan beberapa program diatur untuk semarakan lagi program ini beliau sangat komited tentang kehadiran dari Dungun.

Pemasangan Poster dan banner giat dilakukan oleh lajnah Penerangan dan Dewan Pemuda PAS kawasan. Orang ramai juga sudah sedia maklum tentang program ini apabila ditemui wakil pemberita BO.

Salah seorang penduduk di Kuala Jengai yang dikenali ' Ayah Ngah' sangat teruja untuk hadir program ini. "Aku dok pernoh gi program gini, tapi kali ni aku dok sabor nok gi Ijtima' ulama ni" katanya.

Bila di tanya tentang beberapa nama tokoh ulama dunia beliau hanya kenal Haji Hadi.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org