AFMY Seru Belia Islam Rantau Asia 'Berkampung' di Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3

Menjelang kehadiran Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang menyaksikan Malaysia sebagai negara tuan rumah, Asian Federation Of Muslim Youth [AFMY] menyeru kepada para belia yang terdiri daripada rangkaian NGO, pertubuhan dan parti Islam khususnya rantau Asia untuk bersama-sama 'berkampung' mulai 19 hingga 22 Mac 2015 di Rusila, Terengganu, Malaysia.

AFMY yang lahirnya daripada permuafakatan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah sebelum ini berkeyakinan bahawa jangkaan kehadiran yang ramai iaitu sebanyak 200 ribu orang tetamu pada Ijtima' kali ini memberikan satu ledakan baru yang menyumbang kepada permuafakatan dan kebangkitan umat Islam sejagat dalam mencorakkan pembelaan terhadap bumi umat-umat Islam khususnya isu Palestin.

AFMY juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Sekretariat Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa dibawah pengelolaan tokoh Gerakan Islam Malaysia merangkap Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas penganjuran Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga ini yang menyambung kesinambungan Ijtima kali pertama pada tahun 1988 dan kedua pada tahun 1993 di lokasi yang sama iaitu di Rusila, Terengganu, Malaysia.

AFMY pada kesempatan ini mengucapkan 'Selamat Datang Ke Malaysia' kepada para tetamu yang hadir ke Ijtima' khususnya kepada belia Islam dibawah rangkaian AFMY rantau Asia, tokoh-tokoh Gerakan Islam, para ulamak dari seluruh dunia dan para pendokong Gerakan Islam.

SELAMAT BERIJTIMA!

DR KAMARUZZAMAN BIN YUSOFF
Presiden,
Asian Federation Of Muslim Youth [AFMY]

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org