Pertandingan Fotografi sempena Ijtima' Alami 2015

Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan pertandingan Fotografi bersempena dengan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 yang akan diadakan pada 19 hingga 22 Mac 2015.

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:

1. Kami warga Urusetia Ijtima dengan sukacita menjemput semua penggemar seni photo untuk menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan sempena ijtima kali ini.

2. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang menghadiri Ijtima.

3. Peserta bebas menghantar seberapa banyak gambar yang dikehendaki TETAPI seorang peserta berhak menerima satu hadiah sahaja berdasarkan gambar terbaik.

4. Setiap gambar hendaklah dihantar/upload ke alamat email :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
    Serahan selain itu tidak diterima.

klik imej untuk besarkan

5. Tempoh pertandingan bermula pada hari Khamis 19.3.15, jam 11.00 malam (selepas pelancaran) dan berakhir pada hari Sabtu 21.3.15 jam 4 Petang.
- Gambar yang dihantar sebelum atau selepas tempoh berkenaan tidak akan dilayan.

5. Pihak penganjur berhak menggunakan sebarang gambar yang dihantar untuk sebarang tujuan yang sesuai.

6. Permarkahan berdasarkan aspek gambar yang paling kreatif dan bersesuaian dengan tema Ijtima'.

7. Keputusan Juri adalah muktamad.

8. Johan Menerima wang tunai  dan Plat Penghargaan khas Ijtima'.

9. Setiap gambar yang dihantar hendaklah disertakan Nama Pengirim, Alamat, No KP dan No Telefon. Penyertaan tidak lengkap akan ditolak.

10. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Urusetia ijtima (pemuda)

Terima Kasih.

URUSETIA PROGRAM IJTIMA
(PEMUDA).

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org