Rusila Mula Dibanjiri Tetamu

MARANG, 19 Mac - Sehingga tengah hari ini, tetamu-tetamu daripada seluruh negara sudah mula membanjiri Masjid Rusila dan mendaftar di kaunter pendaftaran yang dibuka bermula jam 9 pagi tadi.  

Antara yang hadir termasuklah ahli-ahli Pas daripada Timur Malaysia iaitu Negeri Sabah dan Sarawak untuk sama-sama berhimpun di dalam majlis keilmuan antarabangsa yang berlangsung pada 19 hingga 22 haribulan.

Ketua sekretariat Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ”Pendaftaran pada hari ini amat menggalakkan meskipun hari ini adalah hari bekerja seluruh Malaysia. Saya menjangkakan kaunter pendaftaran semakin meriah pada petang nanti setelah habis waktu bekerja.”

Menurut beliau, pada malam ini akan berlangsung program Pra Ijtima yang diikuti oleh program Santai Anak Muda, iaitu Chat With Me yang menampilkan penceramah  tersohor tanah air, Ustaz Azhar Idrus yang bergandingan dengan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dan Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Sementara itu, Imam Muda Fakhrurazi akan bertindak sebagai moderator.

“Ijtima’ pada kali ini dijangka mendapat sambutan luar biasa terutama daripada golongan muda memandangkan tarikh yang dipilih jatuh pada sesi cuti persekolahan.”

“Pada hari ini, persiapan sedang giat dijalankan. Latihan akhir perbarisan Unit Amal, Briged Muslimat dan pelajar Madrasah Darul Iman, Terengganu sedang berlangsung di pekarangan Masjid Rusila bagi menyambut majlis perasmian Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke 3 yang akan berlangsung esok.”

Tidak ketinggalan, gerai-gerai jualan turut dibuka kepada pengunjung sepanjang expo berlangsung. Aktiviti utama di tapak utama, di dewan terbuka dan di pantai menanti kehadiran pengunjung ke Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali-ke 3 ini.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org