560 Motosikal, 5 Van Dan 4 Bas Percuma Angkut Pengunjung Injtimak

MARANG – Pihak Urusetia Ijitimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 telah menyediakan kemudahan pengangkutan percuma ulang alik (shuttle) dari tempat meletak kenderaan yang di syorkan oleh pihak urusetia ke tapak program.

Perkhidmatan ini akan bermula dari Simpang Empat Chendering sehingga stesen Petronas Marang dan mula beroperasi pada 20 Mac Jumaat, dari jam 7 pagi sehingga semua peserta Ijtimak kembali ke kenderaan masing-masing.

560 buah motosikal bersama pemandu akan berulang alik dari lokasi dipandu khidmat oleh ahli kelab Altenative Riding Club (ARC) Malaysia.

Perkhidmatan motosikal ini juga sebahagiannya dipandu oleh Ameerah dikhaskan untuk  peserta muslimat.

Bagi yang berkeluarga perkhidmatan lina buah van juga disediakan.

Menurut ketua Urusetia Pengakutan Ijtimak, Ustaz Sulaiman Sulong, langkah ini diambil bagi mengelak kesesakan yang dijangka teruk akibat kehadiran peserta dari seluruh negara dan kekurangan tempat meletak kenderaan di sekitar tapak program.

“Kita harap semua peserta menggunakan kemudahan yang kita sediakan ini, agar semua pergerakan peserta berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi wakil BuletinOnline.

Tinjauan wakil media di sekitar tapak program memang ketiadaan ruang meletak kenderaan dua hari sebelum program sebenar  bermula pada 19 Mac ini.

Untuk program yang bermula Khamis ini peserta boleh meletakan kenderaan di sekitar program dengan mengikuti arahan petugas lalulintas program.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org