Derma Kukuhkan Jemaah

MARANG - “Islam akan kuat sekiranya dermawan kaya menyumbang untuk Islam, selama mana ulama beramal dengan ilmunya, orang jahil yang tidak sombong dengan kejahilannya dan fakir miskin tidak menjual agama kerana nafsu” ujar Ketua Dewan Ulama Pas Pahang,  Ustaz Mokhtar Senik, ketika mengupas wasiat Saidina Ali dalam kuliah magrib di Masjid Rusila sempena program Iktima; Antarabangsa Perpaduan Ummah siri ke-3.

Menurutnya, Ijtima’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Pejabat Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia kali ini memperkenalkan tokoh-tokoh perjuangan Islam di peringkat antarabangsa kepada rakyat Malaysia amnya Negeri Terengganu.

“Sikap suka menderma untuk jalan Allah mampu mengukuhkan gerakan islam dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Nilai ini adalah aset untuk kita beli syurgaNya nanti”.

“Ia berkait juga pendekatan yang dibawa oleh golongan agama iaitu ulama dalam mentarbiyah dan mendidik sikap dan jiwa manusia kepada Allah. Maka, sewajarnya kita menghormati dan memuliakan ulama di mana ilmu yang diajar kepada masyarakat mampu menyelamatkan kehidupan mereka dunia serta akhirat”.

Beliau mengakhiri kuliah magrib dengan menyeru masyarakat supaya kembali ke jalan Allah, menghormati ulama serta jadikan sedekah jariah sebagai amalan.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org