Islam Diserang Dari Luar Dan Dalam

KUALA TERENGGANU – Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mengalu-alukan kedatangan seluruh hadirin, tetamu antarabangsa ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3

Beliau berkata, negeri Terengganu juga merupakan wilayah yang pernah dijajah oleh British pada tahun 1928, juga merupakan sebuah negeri yang menyokong dan mengangkat pentadbiran di zaman pemerintahan khilafah Uthmaniyyah sebelum khilafah itu jatuh.

Namun dengan semangat Islam, persaudaraan Islam dan keteguhan iman yang mantap menjadikan umat Islam seumpama satu jasad, yang sama- sama berdiri teguh menegakkan kebenaran.

“wiilayah Terengganu ini adalah negeri yang bersama-sama Kelantan memilih Parti Islam SeMalaya (SeMalaysia) pada Piliharaya 1959. Namun, kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu akhirnya direbahkan oleh musuh yang tidak senang melihat Islam mewangi di bumi bertuah ini,

“lalu mereka menggunakan politik, ekonomi dan krisis sebagai cara untuk menjatuhkan kedua-dua negeri ini. Meskipun pihak musuh terus mencengkam dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan, tetap cahaya Islam tidak padam dan tidak akan pernah padam,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Selasa 17 Mac, ketika merasmikan Forum Keamanan dan Pembangunan Asia di sebuah hotel disini.

Forum tersebut adalah program Pra-Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang disertai oleh wakil-wakil gerakan dan parti-parti Islam dari lebih 40 buah negara.

Katanya, kehadiran semua hadirin ke Ijtimak pada kali ini akan memberi semangat baru kepada negeri ini, tambahan lagi pada masa kini pelbagai ujian dan mehnah dari dalam dan luar yang melanda umat Islam.

Namun, menurut beliau, ancaman dan cabaran daripada dalam adalah lebih hebat dan berat untuk dihadapi.

“Musuh-musuh Islam ini tidak sedetik pun melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan di atas segala kelemahan dalaman kita sendiri.

“Antara kelemahan yang jelas dapat dilihat adalah sikap ‘tasahhul’ iaitu bermudah-mudah dalam agama. Mereka melaksanakan sesuatu mengikut cara politik musuh dalam urusan dalaman umat Islam, dalam tarbiyah, ta’lim, pengajaran, yang disandarkan kepada politik dan ekonomi , ilmu ilmu dan lain lain,”jelasnya.

Selain itu, beliau yang juga Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) menurut menegaskan, fenomena ‘Tasyaddud’ juga merupakan kelemahan yang ketara dalam kalangan umat Islam kini.

“Mereka ini adalah dari golongan yang mempunyai latar belakang agama islam, namun tiada pemahaman dalam agama sepertimana kita lihat mereka yang menunaikan Haji, yang melontar jamrah tetapi mereka tidak melontar ke arah lubang sebaliknya mereka melontar ke arah saudara saudara mereka .

“Begitulah seumpama orang yang tidak memahami jihad dan dakwah. Sejarah menyaksikan ketika pembukaan wilayah islam manusia berpusu-pusu masuk ke dalam Islam berlainan sekali dengan cara penjajah yang masuk ke Negara Islam .

“Islam sentiasa diterima kehadirannya kerana keadilan perlaksanaan syariatnya dan akhlak mulia yang diajar di dalam agama islam ini sendiri,”ujarnya lagi.

Ustaz Hadi turut menyatakan kebimbangan tentang ‘Islamophobia’ yang merupakan agenda musuh Islam untuk memburukkan agama Islam.

Katanya, musuh Islam membangkitkan isu ini dengan memaparkan sikap umat Islam padahal mereka mengambil contoh itu hanya daripada sebahagian umat Islam.

Oleh itu, beliau menyeru agar seluruh pejuang Islam agar berpegang kepada keyakinan bahawa masa depan kita hanyalah Islam dan cahaya agama ini tidak akan pudar.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org