Islam Lebih Penting daripada urusan lain - Ustaz Abdullah Hussain

“Perjuangan Islam lebih penting daripada segala urusan dunia yang lain,” Ustaz Abdullah Hussain menekankan di dalam Kuliah Subuh yang disampaikan di Masjid Rusila pagi ini.

“Apabila mengutamakan kerja-kerja jemaah untuk memenangkan Islam, segala urusan dunia yang lain akan dipermudahkan Allah S.W.T,” tambah beliau.

Beliau merujuk kepada kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab yang berbunyi,  “Tidak (tertegak) Islam tanpa adanya jemaah, tidak (berdirinya) jemaah melainkan dengan kepimpinan (Qiyadah) dan tidak (bermaknanya) kepimpinan tanpa ketaatan”

“Kalau kita terlalu tertumpu kepada urusan dunia dan mengabaikan kerja-kerja jemaah, urusan dunia kita payah selesai. Sebaliknya, apabila kita mengutamakan kerja jemaah, Allah akan memudahkan urusan kita yang lain. Dispilin inilah yang perlu kita yakini bersama untuk perjuangan lantaran disiplin inilah yang memenangkan Islam di zaman Khulafaur Rasyidin.

Kuliah Subuh ini dihadiri ribuan pengunjung yang hadir untuk menyertai Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-tiga yang akan dirasmikan pada pagi ini. Sehingga awal pagi tadi, masih ramai tetamu yang tiba daripada jauh dan dekat.

Beliau menambah, kita harus bersyukur kepada Allah lantaran Allah menganugerahkan kepimpinan ulama’ kepada kita dan alim-alim ulama’ yang takut kepada Allah S.W.T.

“Sesungguhnya apabila seorang alim itu memohon keampunan kepada Allah, maka makhluk-makhluk di langit dan di bumi beserta  ikan-ikan di lautan turut mendoakannya. Perbandingan golongan ini  dengan golongan tidak berilmu adalah umpama cahaya yang terang.”

Justeru beliau sekali lagi menekankan agar setiap ahli mengikut keutamaan yang ditetapkan oleh agama dan mengutamakan agenda perjuangan. Apabila tiba masanya, kemenangan akan muncul. Insya Allah.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org