Pelancaran Pra Ijtima'

MARANG, 19 Mac - Pelancaran Pra Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-tiga pada malam tadi dihoskan oleh bekas pelawak terkenal tanah air yang kini merupakan pendakwah bebas, iaitu Saudara Bob Lokman.

Celoteh beliau mempengerusikan majlis menghidupkan suasana di Pra Pelancaran Ijtima’ pada kali ini yang berlangsung di Dewan Tok Guru yang dilimpahi pengunjung dari pelbagai lapisan umur.

Turut menyerikan majlis adalah Kumpulan Nasyid Soutul Amal yang dijemput untuk menyampaikan lagu tema Ijtima’ Alami iaitu Wa’tasimu. 

Kredit Foto : Mohd Nasir, Harakah


Artis jemputan antarabangsa Abdul Fattah Owainat, dari GAZA turut mengalunkan beberapa buah lagu, antaranya “Ismuha Ghuraba”.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org