Tiada halangan ulama’ pimpin negara

MARANG, 19 Mac - "Tidak ada satu kitab pun yang mewajibkan ulama’ untuk diangkat menjadi pemimpin masyarakat walaupun ulama’ adalah pewaris para nabi. Namun, memahamkan masyarakat dengan hukum-hakam Islam merupakan tugas ulama’.

Justeru, jika diberi pilihan untuk mencari pemimpin, pilihlah pemimpin di kalangan ulama’," tegas Ustaz Azhar Idrus di program Chat With Me di Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Rusila, semalam.

Ulama’ merupakan golongan berilmu yang berperanan menakhodai manusia berdasarkan ijtihad hukum berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah.

Tegas beliau lagi, “Meskipun tidak disebut secara terperinci di dalam al-Quran berkaitan kewajipan ulama’ menjadi pemimpin di mana-mana organisasi atau pentadbiran negara, akan tetapi sekiranya ulama menepati syarat yang dikehendaki dalam kepimpinan serta boleh memberi manfaat kepada ummah, maka bukan satu halangan untuk ulama memimpin negara.”

“Kita mahu membina ummah yang mempunyai kematangan idea, yang baik pendidikan dan yang tahu membuat keputusan yang rasional. Justeru, selayaknya kita duduk bersama bagi membantu kepimpinan ulama untuk melicinkan pentadbiran. Yang pasti, ulama’ boleh berganding bahu dengan barisan profesional bagi memantapkan agenda negara,” tambah beliau.

Program Chat With Me yang mengambil tempat sebagai peluncur Ijtima’ pada kali ini turut menampilkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dan Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Induk Jawatan Kuasa Ijtima’ Alami Ummah kali-ke 3, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man  turut menyatakan pandangan beliau mengenai pentingnya masyarakat menghormati para ulama.

Di akhir program, Dewan Tok Guru bergema dengan bacaan doa wehdah yang diketuai oleh Imam Muda Fakhrulrazi bersama barisan pimpinan PAS yang menyuntik semangat hadirin.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org