Demi Qudsi, kita bersatu

MARANG - “Himpunan keramat ini menunjukkan komitmen kita terhadap pembebasan Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Ia  juga merupakan isyarat serta penyataan bahawa kita semua bersama-sama dengan sahabat-sahabat Palestin. Tidak mungkin kita boleh membebaskan Al-Aqsa dengan harta dan darah, namun kita dengan tegas menyatakan di sini bahawa harta, darah nyawa dan doa kita sentiasa bersama dengan mereka,” ujar Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menggegarkan ijtima’ pagi 

Majlis perasmian Ijtima’ bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal tepat pada jam 8.45 pagi, di pentas utama Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Pemeriksaan perbarisan disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan diiringi oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Sambutan Ijtima’, Tuan Haji Hussin Ismail.

Majlis diserikan dengan selawat dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa, Ustaz Tarmizi Ali. Majlis turut memperingati pemergian Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis seterusnya disemarakkan dengan laungan nashid tema, Wa’tashimu oleh kumpulan Soutul Amal yang turut diikuti oleh para hadirin yang memenuhi pekarangan dewan.

Di dalam ucapan aluannya, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan perhimpunan ini menjadi lambang penyatuan bagi seluruh umat Islam dan bukan Islam terhadap isu Al-Quds di dalam membasmi elemen kezaliman.

“Al-Aqsa bukan lambang kesatuan ummah semata-mata. Lebih daripada itu, ia adalah simbol keamanan dan kesatuan. Siapa yang berjaya menguasai Al-Aqsa, ia akan menguasai dunia. Sebab itu Allah jadikan bumi ini sebagai bumi yang diberkati.”

Perhimpunan yang dihadiri oleh 41 buah negara ini menggunakan tema Wa-qudsa yang Demi Palestin.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja keselamatan yang berkampung di Ijtima’ ini termasuk Unit Amal, polis, anggota RELA, seluruh agensi dan tenaga kerajaan, petugas-petugas parti, organisasi bukan kerajaan (NGO), penduduk Rusila serta setiap individu yang menjayakan himpunan ini secara langsung atau tidak langsung.

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org