Hudud, Hukuman yang mendidik

MARANG, 20 Mac - Hudud merupakan undang-undang Islam yang bersifat mendidik, bukan satu hukuman yang zalim. Demikian ditegaskan oleh YB Dato' Nasaruddin Daud dalam kuliah maghrib bersempena Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 dekat sini.

Menurut beliau lagi, hukum hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam ini tidak boleh dijatuhkan jika ada syubhah, iaitu perkara yang samar-samar. Malahan Islam juga memberi ruang kepada pesalah untuk bertaubat, sekurang-kurangnya selama tiga hari.

Antara yang terkandung dalam hukum hudud adalah kesalahan zina, minum arak dan murtad.

Dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini, seramai 44 orang ahli dewan undangan negeri telah menyatakan sokongan sebulat suara terhadap pindaan kanun jenayah syariah 2 (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud.

 

Persidangan

20-22 March 2015
Kuala Ibai, Terengganu Malaysia.

Rangkaian

/ijtimak.antarabangsa

/IjtimaUmmahIUMS

/ijtima_alami3.0

terengganukini

Hubungi

Untuk maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi kami di:
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  +60199511860
 www.wuoms.org